Pengajian Malaysia
Wednesday, 20 September 2017
MUKA DEPAN
PENGAJIAN MALAYSIA
TAJUK
PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
JABATAN
KEJURUTERAAN ELETRIK
NAMA PENSYARAH
ENCIK MARZUKI BIN SEPIAAL
NAMA AHLI KUMPULAN
MUHAMMAD DANIAL BIN AHMAD FAISAL(15DEP17F1027)
MUHAMMAD REZZA FARHAN BIN JAMALLUDIN(15DET17F1092)
HILMAN FAHMI BIN MOHD ZAHIR (15DET17F1098)
MOHD ATHA'ILLAH BIN IBRAHIM (15DET17F1096)
PENGENALAN
-Pembangunan iaitu kebendaan dan manusia(akhlak dan kerohanian) dari perkembangan fizikal,intelektual dan emosi yang perlu dibangunkan serentak dengan pembangunan kebendaan.
Alam Sekitar-Kebendaan yang sedia ada yang dicipta oleh Tuhan untuk kegunaan manusia dan haiwan dari segi fizikal dan rohani.Alam sekitar merupakan titik utama dalam pembangunan untuk menaik taraf kemajuan manusia di muka bumi seperti dalam surah al-quran yang diturunkan.
FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM SURAH IBRAHIM AYAT:32"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu,dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya,juga memudahkan sungai-sungai untuk kamu mengambil manfaat dari Nya.."
ISI/TOPIK
Alam sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkn an produktiviti. Beberapa mekanisme institusi dan program dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan memulihara sumber melalui pelbagai program nasional dan antarabangsa seperti UNCED. Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Malaysia mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi memastikan pembangunan yang mantap. Strategi ini disokong oleh undang-undang yang dikuatkuasakan dengan tegas dan adil. Langkah-langkah ini mengalakkan sektor swasta menerima pakai dan membangunkan teknologibercirikan kecermelangan kualiti alam sekitar. Kelemahan-kelemahan seperti garis panduan dan pendekatan pemuliharaan alam sekitar yang kurang jelas ditangani bagi mengelakkan pencemaran.
SUMBERhttp://mohdafif1998.blogspot.my/2016/09/konsep-pembangunan-dan-alam-sekitar.html
4.1 KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang berkembang pesat dan menuju ke arah kemajuan dalam pelbagai bidang.Namun,dalam kepesatan pertumbuhanannya itu,kegiatan pembangunan juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan perusahaan atau perkilangan menjadi punca kepada pencemaran udara,manakala pembuangan toksik menjadi punca berlakunya pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan yang giat dijalankan juga menganggu ekosistem dan boleh mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang boleh mencemarkan udara dan air.,kegiatan perladangan dan sebagainya.
SUMBER: http://pengajianmalaysia98.blogspot.my/2016/08/pembangunan-dan-alam-sekitar_30.html
4.2 USAHA-USAHA PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
- Penghutanan semula
Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu di kawasan penebangan (hutan) supaya kembali seperti hutan. Tujuan utama penghutanan semula adalah untuk memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat dibekalkan secara berterusan. Kaedah ini perlu dijalankan secara terancang dan sistematik. Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan di Malaysia adalah di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Paya Laut, Perak.
![]() |
| Kawasan Hutan Paya |
- Mewartakan hutan simpan dan taman negara
Hutan simpan dan taman negara dapat memberi perlindungan kepada flora dan fauna yang hampir pupus. Kegiatan pembalakan, penerokaan hutan dan pemburuan binatang tidak dibenarkan di kawasan tersebut. Contoh hutan simpan dan taman negara yang telah diwartakan adalah seperti yang berikut:
- Hutan Simpan Hulu Gombak, Selangor
- Hutan Simpan Sepilok, Sabah
- Hutan Simpan Bukit Lama, Sarawak
- Taman Negara Kinabalu, Sabah
- Taman Negara, Pahang
![]() |
| Hutan Simpan |
![]() |
| Taman Negara |
- Penanam berteres
Kaedah penanaman berteres telah dijalankan di kawasan cerun bukit bagi pelbagai jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit dan teh. Tujuan utama langkah ini dilaksanakan adalah untuk mencegah kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit seperti penanaman teh di Cameron Highlands.
![]() |
| Penanaman Berteres |
- Tanaman tutup bumi
Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di lereng-lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanah.
![]() |
| Tanaman Tutup Bumi |
- Penggunaan baja organik
Petani-petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia. Selain menambahkan kesuburan tanah, kos baja organik adalah lebih rendah, tidak perlu diproses dan tidak mencemarkan alam sekitar. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.
| Baja Organik |
SUMBER: http://ladolcesuraya.blogspot.my/2016/08/langkahlangkah-pemeliharaan-dan.htmlhttp://ladolcesuraya.blogspot.my/2016/08/langkahlangkah-pemeliharaan-dan.html
Subscribe to:
Comments (Atom)




