- Penghutanan semula
Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu di kawasan penebangan (hutan) supaya kembali seperti hutan. Tujuan utama penghutanan semula adalah untuk memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat dibekalkan secara berterusan. Kaedah ini perlu dijalankan secara terancang dan sistematik. Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan di Malaysia adalah di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Paya Laut, Perak.
![]() |
| Kawasan Hutan Paya |
- Mewartakan hutan simpan dan taman negara
Hutan simpan dan taman negara dapat memberi perlindungan kepada flora dan fauna yang hampir pupus. Kegiatan pembalakan, penerokaan hutan dan pemburuan binatang tidak dibenarkan di kawasan tersebut. Contoh hutan simpan dan taman negara yang telah diwartakan adalah seperti yang berikut:
- Hutan Simpan Hulu Gombak, Selangor
- Hutan Simpan Sepilok, Sabah
- Hutan Simpan Bukit Lama, Sarawak
- Taman Negara Kinabalu, Sabah
- Taman Negara, Pahang
![]() |
| Hutan Simpan |
![]() |
| Taman Negara |
- Penanam berteres
Kaedah penanaman berteres telah dijalankan di kawasan cerun bukit bagi pelbagai jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit dan teh. Tujuan utama langkah ini dilaksanakan adalah untuk mencegah kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit seperti penanaman teh di Cameron Highlands.
![]() |
| Penanaman Berteres |
- Tanaman tutup bumi
Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di lereng-lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanah.
![]() |
| Tanaman Tutup Bumi |
- Penggunaan baja organik
Petani-petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia. Selain menambahkan kesuburan tanah, kos baja organik adalah lebih rendah, tidak perlu diproses dan tidak mencemarkan alam sekitar. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.
| Baja Organik |
SUMBER: http://ladolcesuraya.blogspot.my/2016/08/langkahlangkah-pemeliharaan-dan.htmlhttp://ladolcesuraya.blogspot.my/2016/08/langkahlangkah-pemeliharaan-dan.html





No comments:
Post a Comment