Wednesday, 20 September 2017
MUKA DEPAN
PENGAJIAN MALAYSIA
TAJUK
PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
JABATAN
KEJURUTERAAN ELETRIK
NAMA PENSYARAH
ENCIK MARZUKI BIN SEPIAAL
NAMA AHLI KUMPULAN
MUHAMMAD DANIAL BIN AHMAD FAISAL(15DEP17F1027)
MUHAMMAD REZZA FARHAN BIN JAMALLUDIN(15DET17F1092)
HILMAN FAHMI BIN MOHD ZAHIR (15DET17F1098)
MOHD ATHA'ILLAH BIN IBRAHIM (15DET17F1096)
PENGENALAN
-Pembangunan iaitu kebendaan dan manusia(akhlak dan kerohanian) dari perkembangan fizikal,intelektual dan emosi yang perlu dibangunkan serentak dengan pembangunan kebendaan.
Alam Sekitar-Kebendaan yang sedia ada yang dicipta oleh Tuhan untuk kegunaan manusia dan haiwan dari segi fizikal dan rohani.Alam sekitar merupakan titik utama dalam pembangunan untuk menaik taraf kemajuan manusia di muka bumi seperti dalam surah al-quran yang diturunkan.
FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM SURAH IBRAHIM AYAT:32"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu,dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya,juga memudahkan sungai-sungai untuk kamu mengambil manfaat dari Nya.."
ISI/TOPIK
Alam sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkn an produktiviti. Beberapa mekanisme institusi dan program dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan memulihara sumber melalui pelbagai program nasional dan antarabangsa seperti UNCED. Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Malaysia mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi memastikan pembangunan yang mantap. Strategi ini disokong oleh undang-undang yang dikuatkuasakan dengan tegas dan adil. Langkah-langkah ini mengalakkan sektor swasta menerima pakai dan membangunkan teknologibercirikan kecermelangan kualiti alam sekitar. Kelemahan-kelemahan seperti garis panduan dan pendekatan pemuliharaan alam sekitar yang kurang jelas ditangani bagi mengelakkan pencemaran.
SUMBERhttp://mohdafif1998.blogspot.my/2016/09/konsep-pembangunan-dan-alam-sekitar.html
4.1 KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang berkembang pesat dan menuju ke arah kemajuan dalam pelbagai bidang.Namun,dalam kepesatan pertumbuhanannya itu,kegiatan pembangunan juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan perusahaan atau perkilangan menjadi punca kepada pencemaran udara,manakala pembuangan toksik menjadi punca berlakunya pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan yang giat dijalankan juga menganggu ekosistem dan boleh mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang boleh mencemarkan udara dan air.,kegiatan perladangan dan sebagainya.
SUMBER: http://pengajianmalaysia98.blogspot.my/2016/08/pembangunan-dan-alam-sekitar_30.html
4.2 USAHA-USAHA PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
- Penghutanan semula
Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu di kawasan penebangan (hutan) supaya kembali seperti hutan. Tujuan utama penghutanan semula adalah untuk memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat dibekalkan secara berterusan. Kaedah ini perlu dijalankan secara terancang dan sistematik. Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan di Malaysia adalah di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Paya Laut, Perak.
![]() |
| Kawasan Hutan Paya |
- Mewartakan hutan simpan dan taman negara
Hutan simpan dan taman negara dapat memberi perlindungan kepada flora dan fauna yang hampir pupus. Kegiatan pembalakan, penerokaan hutan dan pemburuan binatang tidak dibenarkan di kawasan tersebut. Contoh hutan simpan dan taman negara yang telah diwartakan adalah seperti yang berikut:
- Hutan Simpan Hulu Gombak, Selangor
- Hutan Simpan Sepilok, Sabah
- Hutan Simpan Bukit Lama, Sarawak
- Taman Negara Kinabalu, Sabah
- Taman Negara, Pahang
![]() |
| Hutan Simpan |
![]() |
| Taman Negara |
- Penanam berteres
Kaedah penanaman berteres telah dijalankan di kawasan cerun bukit bagi pelbagai jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit dan teh. Tujuan utama langkah ini dilaksanakan adalah untuk mencegah kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit seperti penanaman teh di Cameron Highlands.
![]() |
| Penanaman Berteres |
- Tanaman tutup bumi
Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di lereng-lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanah.
![]() |
| Tanaman Tutup Bumi |
- Penggunaan baja organik
Petani-petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia. Selain menambahkan kesuburan tanah, kos baja organik adalah lebih rendah, tidak perlu diproses dan tidak mencemarkan alam sekitar. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.
| Baja Organik |
SUMBER: http://ladolcesuraya.blogspot.my/2016/08/langkahlangkah-pemeliharaan-dan.htmlhttp://ladolcesuraya.blogspot.my/2016/08/langkahlangkah-pemeliharaan-dan.html
4.3 KEPENTINGAN KELESTARIAN DALAM MEMULIHARA DAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula akan kehilangan habitatnya. Pemulihara terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan. Dengan itu, habitat hidupan darat dan air terpelihara.Selain itu,pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat penting agar manusia mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar. Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh digunakan. Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita. Tanpa kemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat untuk digunakan. Hidupan air juga akan mati sekitarnya hidup dalam air yang tercemar.Seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan hutan-hutan. Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini akan menjadikan cuaca semakin panas dan tidak stabil. Oleh itu, hutan perlu dipelihara bagi mengelakkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan pemanasan global. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara dan memulihara alam semula jadi disekeliling kita. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak.Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama setiap generasi supaya pembangunan lestari dikekalkan serta penggunaan sumber alam dapat diguna pakai sehingga generasi akan datang secara kualitatif dan kuantitatif.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah memberi kerjasama menjaga kebersihan alam sekitar agar kehiduapan kita selesa dan bahagia. Semua pihak hendaklah tahu alam sekitar yang kotor akan mendatangkan kesan negatif kepada negara. Harapan terhadap semua pihak ialah marilah kita semua menjaga kebersihan alam daripada tercemar agar semua rakyat Malaysia dan di seluruh negara sihat sentiasa dan dapat melakukan kerja seharian tanpa sebarang masalah.
RUJUKAN
SUMBER :
http://pengajianmalaysia98.blogspot.my/2016/08/pembangunan-dan-alam-sekitar_30.html
http://ladolcesuraya.blogspot.my/2016/08/langkahlangkah-pemeliharaan-dan.html
http://pengajianmalaysia98.blogspot.my/2016/08/pembangunan-dan-alam-sekitar_30.html
Subscribe to:
Comments (Atom)